Mutiara Kata

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih...

Ya Tuhan,
Jika cinta adalah ketertawanan,
Tawanlah aku dengan cinta kepada-Mu,
Agar tiada lagi yang dapat menawanku...

Ya Tuhan,
Jika rindu adalah rasa sakit,
Yang tidak menemukan muaranya,
Penuhilah rasa sakitku
dengan rindu kepada-Mu,
dan jadikanlah kematianku sebagai muara
pertemuan dengan-Mu....

Ya Tuhan,
Hatiku hanya cukup untuk satu cinta,
Jika aku tidak dapat mengisinya dengan cinta kepada-Mu,
Kemanakah wajahku hendak kusembunyikan dari-Mu..........

Monday, December 29, 2008

Maal Hijrah 1430 H

Well, di sini sy nak ambik kesempatan mengucapkan
Selamat Menghayati Maal Hijrah
yg ke 1430H.
Semoga kita semua dpt sama2 berhijrah ke arah yg lebih baik dgn niat dan jihad yg ikhlas, i'A.


Also, saya nak bawa rakan2 sekalian kepada peristiwa pengeboman palestin baru sahaja ini yg mengorbankan ratusan warga Palestin, saudara seagama kita sendiri ; bahkan saudara yg lebih dekat dr keluarga kita sendiri. Kita menyambut Maal Hijrah dgn kegembiraan tp mereka menyambut dgn kejutan yg mungkin bg mereka bukan lagi kejutan tp suatu rutin harian mereka.


Maka, di sini, saya ingin menyeru sahabat2 sekalian. Bagi kita warga Malaysia ini mempunyai ruang potensi utk berhijrah atau berkembang yg luas. Tiada batasan tempat, masa, tenaga dan harta. MAka pergunakanlah sebaik mungkin utk kita memantapkan diri ini lagi dlm apa jua bidang yg kita bakal ceburi.


Yg penting itu bila kita melaksanakan fardu kifayah itu niatkan utk Allah dan Islam. MAknanya,niat yg ikhlas dan suci itu penting utk kita tentukan ke arah mana nanti bakal usaha kita berbuah. Adakah utk mengumpul harta? Mengejar pangkat? Membina rumah yg banyak?


Atau boleh sahaja kita nanti menyumbangkan tenaga dan kepakaran kita utk Islam. Saya biarkan sahabat2 berfikir sendiri apa yg boleh kita sumbangkan utk Islam pada masa hadapan........... Wallahua'lam...

Aku Bukan Musuh Harta - Dr. Asri

Sunday, December 28, 2008

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

Sebagai perkongsian ana dr blogger akh muhtar suhaili.


_______________________

“Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?”

Alhamdulillah atas segala-galanya! Sebagai perkongsian dengan tetamu ziarah sekalian, melalui entri ini suka untuk dipaparkan sebuah cerpen yang mencuit dan berpasak di hati yang diperolehi dari salah satu YahooGroups yang disertai. “Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?” merupakan taujihat buat teman-teman seperjuanganku yang Muslimin (sama ada yang belum berkahwin atau belum berkahwin lagi ). Cerita ini juga saya tujukan khas buat rakan-rakan Muslimat khususnya isteri-isteri solehah di luar sana… Ini satu cerita perjuangan. Sebuah pengorbanan… Sesungguhnya berkorban perasaan merupakan satu jihad!
Nota: Tergiang-ngiang lagu Cita-citaku!!

Sang Suami;
Muhtar Suhaili

“Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?”

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.
“Tak. Maksud saya…”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan!!” jawab Fikri.

——————————————

Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan

________________________________

Saturday, December 27, 2008

CiNtA AlLaH ?

Satu pagi ( 1.00 a.m.) di YM.....

Ukhti : salam, tanya sikit?
Ana : k
Ukhti : satu soalan je. Apa sebenarnye cinta Allah?
Ana : hmm... satu soalan yg sama seperti semua soalan di dunia. =)

Lama jugak fikir punye pikir. Jwpn dah ada dlm kepala tp mcm mana nak deliver eh? Tak pernah ada org tanya soalan mcm ni kat ana. Baru ana sedar betapa kurangnye ana berdiskusi atau bertanya soalan2 sekitar ini.


Ana jwb seringkasnye. (ayat skema) -Bg ana, cinta kpd Allah itu taat dan patuh kepada suruhan dan larangannye. Yakin Allah itu Esa dan tiada yg layak disembah melainkanNya- (kurang lebih begitu)


- Cinta Allah itu segala2nya. Tiada cinta yg lebih agung bila dibandingkan cintaNya. Maka jadinya segala cinta itu juga menjadi jambatan kepada cintaNya.-


-Di awal penciptaan sendiri, Allah Yg Maha Pengasih dan Penyayang itu mencipta kehidupan atas dasar cinta, suci dan hakiki. Maka selayaknya cinta kita ditujukan segala2 kepadaNya kerana Dia yg paling layak.-


-Bagaimana antum semua bercinta? ( tak pernah bercinta? then, pasti pernah baca novel2 cinta di pasaran ; tak kira yg murahan atau islamik ). Sentiasa rindu kepadaNya, menanti2 saat bertemu denganNya. Kepada Allah kita sampaikan surat2 cinta dan rintihan hati dlm solat fardu lima waktu kita saban hari. Kita takut utk sakitkan hatinya dan sentiasa ingin penuhi permintaannya. Kita patuh semua suruhan dan laranganNya. Namun, hati tetap sayang. Namun, tetap sahaja cinta kepada Allah tak harus dikotori dengan cinta insan yg seringkali tersasar.-


-Tapi mungkin anda tak rasa roh dlm pandangan2 ana ini kerana ana sedar amalan2 ana utk sampai kepada cintaNya sepeti buih2 di lautan. Senang dipukul ombak, mudah ditiup terbang dan pecah sekali disentuh. Maka seharusnya kita ambil peluang berdiskusi dgn org sekeliling kita yg lbh byk makan asam garam dr kita. Mereka sudah belajar bagaimana aplikasinya cinta kepada Allah sedang kita masih berlegar2 dlm ruang lingkup idea yg kadangkala sukar utk ditukar menjd realiti.-


Ukhti : Ana bertanya sebab ada hamba Allah yg mencetuskan perspektif ni. Baru ana sedar selama ini ana beribadah sekadar utk pahala. Alhamdulillah sekarang ibadah ana terasa lebih bermakna.
Ana : Alhamdulillah..moga shbt ana sorang ni sentiasa dilimpahi cahaya hidayah. Amin...
Ukhti : thanx. amin..
Ana : terima kasih juga. Soalan ni jdi tazkirah juga utk ana..
Ukhti : salam
Ana : wslm wbt.

__________________________________________________
Well... begitulah cerita yg ana nak kongsi. Mungkin tak seberapa tp sekadar renungan dan perkongsian. Tolong tegur utk apa2 kesalahan atau kalau nak tambah. syukran. =)

Tuesday, December 9, 2008

I'm Back?

Assalamualaikum w.b.t.

Helow semua......

Sry ah blog ni sgt2 tak aktif. My last sem mmg hectic. Dahla kena habiskan syllabus setahun dlm tak sampai satu sem, benda baru betul pulak tu. So, nak buka internet tu jgn harap la. Lagi2 tempat saya tu mmg susah ah nak dptkan perkhidmatan internet. Lgpun tak bawa laptop =P

So, nak ckp kat sini first and foremost, selamat hari raya aidil adha kepada visitors Islam yg melawat blog saya yg tak seberapa ini. *blush* Juga selamat bercuti kepada yg bercuti ! (diri sendiri sebenarnye )

Anyway, I will be updating my blog later on. Just wait k?

Adios.