Mutiara Kata

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih...

Ya Tuhan,
Jika cinta adalah ketertawanan,
Tawanlah aku dengan cinta kepada-Mu,
Agar tiada lagi yang dapat menawanku...

Ya Tuhan,
Jika rindu adalah rasa sakit,
Yang tidak menemukan muaranya,
Penuhilah rasa sakitku
dengan rindu kepada-Mu,
dan jadikanlah kematianku sebagai muara
pertemuan dengan-Mu....

Ya Tuhan,
Hatiku hanya cukup untuk satu cinta,
Jika aku tidak dapat mengisinya dengan cinta kepada-Mu,
Kemanakah wajahku hendak kusembunyikan dari-Mu..........

Showing posts with label Forward Web. Show all posts
Showing posts with label Forward Web. Show all posts

Sunday, December 28, 2008

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

Sebagai perkongsian ana dr blogger akh muhtar suhaili.


_______________________

“Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?”

Alhamdulillah atas segala-galanya! Sebagai perkongsian dengan tetamu ziarah sekalian, melalui entri ini suka untuk dipaparkan sebuah cerpen yang mencuit dan berpasak di hati yang diperolehi dari salah satu YahooGroups yang disertai. “Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?” merupakan taujihat buat teman-teman seperjuanganku yang Muslimin (sama ada yang belum berkahwin atau belum berkahwin lagi ). Cerita ini juga saya tujukan khas buat rakan-rakan Muslimat khususnya isteri-isteri solehah di luar sana… Ini satu cerita perjuangan. Sebuah pengorbanan… Sesungguhnya berkorban perasaan merupakan satu jihad!
Nota: Tergiang-ngiang lagu Cita-citaku!!

Sang Suami;
Muhtar Suhaili

“Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?”

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.
“Tak. Maksud saya…”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan!!” jawab Fikri.

——————————————

Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan

________________________________

Saturday, June 16, 2007

Hikmah a.k.a. lembut sokmo?

Assalamualaikum w.b.t.

Kebelakangan ini saya sibuk je baca2 artikel kat net. Tapi tadi jumpa plak artikel; ada2la. Pastu jumpa plak comment satu pembaca tu : dakwah secara hikmah tu dakwah secara lembut and bla bla bla. tak leh ekstrim2. Hati ni panas je... hu3. Nampaknya dunia sekarang ni memandang kalau nak berdakwah mesti lembut sokmo. kalau nampak ekstrim sikit, pengganas la, militan la, last2 kena gam, tak pun ISA. kih3. Jgn gam blog sy sudah.

Tak dinafikan dakwah secara berhikmah meaning secara lembut adalah terbaik yg dpt dilakukan oleh setiap org islam ; bukan ustaz2 atau mufti2 je tau ! Tapi saya cuma nak pambaca tahu direct meaning for hikmah bukan lembut, ok? Secara hikmah, tunjukkan keindahan islam dlm dakwah kita, tak kisahla perbuatan atau perkataan. Junjungan besar kita kebanyakan dakwahnya adalah berpusat kepada perbuatannya sendiri yg menjadi teladan kpd umat sekiannya. Sedangkan Aisyah r.a. berkata sendiri akhlak Rasulullah sendiri adalah Al-Qur'an !

Pastu timbul isu lak : napa yg lebih byk berkelakuan buruk adalah org islam sendiri?
hmm.. fikir2 lah wahai saudaraku. semuanya bermula dari diri kita dulu. ubah sikap kita. REVOLUSI SIKAP !!! ahaks.

Oklah, nak tunjuk yg bwh ni je. dari artikel saifulislam.com utk hikmah. Oh yeah! tgk sekali komen2 nya walaupon sedikit terutamanya bab maksud hikmah. hmm, sy paste jela kat bwh ye!

----------------------------------------


Belajar Hikmah Cara Socrates

Suatu hari, seorang pemuda datang kepada Socrates dan berkata, “saya mahu belajar dan tahu semua yang kamu tahu!”
“Kalau itu yang kamu mahukan, mari ikut aku ke sungai”, jawab Socrates.

Dengan perasaan penuh ghairah, pemuda tersebut mengekori Socrates berjalan menuju ke sungai yang dimaksudkan. Apabila tiba di tebing sungai, Socrates memanggil pemuda tersebut, menyuruhnya merenung ke air.
“Tengok betul-betul dalam air tu, apa yang kamu nampak?”, katanya.

“Saya tak nampak apa-apa pun”, jawab pemuda tersebut.

“Tengok betul-betul. Dekatkan lagi kepala kamu itu ke air”, tegas Socrates.

Apabila pemuda itu meniarap dan mendekatkan mukanya ke air, Socrates segera memegang kepalanya dan membenamkan ia ke dalam air! Pemuda tersebut meronta-ronta dan tangannya terkapai-kapai kelemasan. Terdesak!

Bila mana pemuda tersebut kelihatan sudah seperti mahu lemas, Socrates menarik keluar kepalanya dan menyandarkan beliau ke tebing.

“Hoi orang tua. Engkau gila ke apa?”, tanya lelaki itu sambil terbatuk-batuk mencuba nafas.
“Engkau nak bunuh akukah?”, geram benar bunyinya.

“Semasa aku benamkan kepala engkau ke dalam air, apakah benda yang paling engkau hajatkan pada detik itu?”, tanya Socrates.

“Aku nak bernafas, aku mahukan udara!”, jawabnya tegas.

“Jangan sekali-kali kamu tersilap fikir bahawa HIKMAH itu boleh diperolehi dengan mudah, wahai anak muda”, kata Socrates.

“Apabila kamu mahu belajar, seperti kamu mahu dan berhajat kepada udara sebentar tadi, barulah datang kepadaku”, tegas Socrates, menyimpulkan pelajaran pertamanya petang itu.

[petikan The 7 Habits of Highly Effective Teens - Sean Covey]


----------------------------

on 03 Apr 2007 at 5:51 pm
Hajar Din

Assalamualaikum

According to Socrates wisdom is knowledge of the truth of realities which can withstand the test of rigorous critical examination done through dialectical method which in turn affects the possessor of knowledge to act in conformity with the knowledge. [total fusion of thought and action or theory and praxis]

According to Al-Attas wisdom is knowledge that affect the bearer of knowledge to make correct judgement about the proper places of things in the hierarchical order of beings and Being; as such the bearer of knowledge not only recognize (Rububiyah) but acknowledge (Uluhiyah) his proper place in the hierarchical order of existence and Ultimate Existence which brings the condition of justice. [also thought and action is made unseparated]

Didn’t see any kelembutan in both of the definitions
All these definitions like stuck to my head and I cannot shake it out.

----------------


Betulkan kesilapan sy kalau ada silap! I'm not perfect. PEACE.

Assalamulaikum w.b.t.


[Watanuki Kimihiro]

Tuesday, June 12, 2007

Kenapa Aku Diuji ???

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Kecewa : Bukankah Allah itu Maha Mengetahui ( Marwan AMZ )

La Tahzan : Dr 'Aidh Al Qarni


[Watanuki Kimihiro]

Monday, June 11, 2007

Muzik Menurut Islam



Harap boleh dijadikan sebagai panduan......

( Baca full version lebih baik )



Petikan2:


1. Hadith riwayat Abu Umamah, sabda Nabi SAW: “... Sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku sebagai rahmat ke seluruh alam dan memerintahkan aku menghapuskan seluruh alat-alat muzik dan serunai.”


2. Dalil Aqli : Alat-alat muzik diharamkan bukan kerana ainnya (zatnya) yang haram, malah hukum haram alat-alat tersebut ditentukan oleh niat dan tujuan ia dimainkan. Ini adalah berdasarkan kaedah Al-Umur bimaqasidiha iaitu sesuatu perkara itu adalah berdasarkan tujuannya (niat).


3. Al-Imam Hujjatul Islam, Abu Hamid Al-Ghazali telah membincangkan permasalahan hukum nyanyian dan muzik dengan panjang lebar dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin dalam juzuk yang kelapan bahagian Al-Adat. Al-Ghazali di dalam perbincangannya telah membahaskan hukum muzik dan alatnya daripada pelbagai sudut sebelum mengeluarkan pandangannya. Beliau tidak hanya berpegang dengan zahir nas malah cuba menggali di sebalik nas, sebab dan ‘illah diharamkan beberapa alat muzik sebagaimana yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi SAW dalam hadith-hadith Baginda. Ini bertitik tolak daripada pegangan beliau bahawa nyanyian dan muzik adalah kelazatan-kelazatan dunia yang asalnya adalah halal dan harus. Sebab itulah beliau memasukkan perbincangan beliau tentang hukum hakam nyanyian dan muzik dalam bahagian adat (rub’ul adat). Adat-adat sebagaimana dimaklumi hukum asalnya adalah harus dan halal. (Al-Aslul fil Adat Al-Ibahah – asal di dalam adat adalah harus)


4. Seterusnya ada ulamak-ulamak masa kini yang mengharuskan penggunaan seluruh alat muzik tanpa ada pengecualian tetapi mereka meletakkan syarat-syarat dan batas-batas penggunaan alat tersebut agar tidak bertentangan dengan hukum Allah SWT. Mereka yang berpendapat demikian antaranya ialah:

>1. Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitabnya Malamih Al-Mujtama’ Al-Muslim.
>2. Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya Al-Mufassal fi Ahkam Al-Mar’ah wa Baitil Muslim juzuk 4 bab 8 iaitu Babul Lahwi wal La’ab.
>3. Dr. Mohammad Imarah di dalam bukunya Al-Islam wal Funun Al-Jamilah.
>4. Dr. Kaukab ‘Amir dalam bukunya As-Simaa’ ‘Inda As-Sufiyyah.

Pendapat mereka sama dengan pandangan beberapa ulamak terdahulu seperti Ibnu Hazm Al-Andalusi, Ibn Tahir Al-Qaisarani, Abdul Ghani An-Nablusi, Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi Asy-Syafie dan Al-Imam Mohd. Asy-Syazili At-Tunisi.


5. Penggunaan alat-alat ini juga mestilah berlegar dala lingkungan yang dibenarkan oleh syara’ iaitu:

>1. Niat penggunaan alat-alat tersebut dan pendengar iramanya hendaklah betul berdasarkan kaedah Al-umur Bimaqasidiha.
>2. Tujuan dan suasana digunakan alat-alat tersebut ialah tujuan dan suasana yang baik, mulia dan tidak bertentangan dengan batas-batas syara’.


KESIMPULAN DAN PENDAPAT YANG RAJIH (TERPILIH)

Setelah meneliti perbahasan dan perbincangan para ulamak dan fuqaha’ dahulu dan masa kini, pendapat yang rajih pada pandangan penulis ialah:

1. Alat-alat muzik tidak haram kerana ‘ainnya (zatnya) dan tidak halal kerana ‘ainnya. Tetapi di sana terdapat unsur-unsur luar yang menyebabkan sebahagian alat hukumnya haram sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW di dalam hadith-hadith Baginda. Sebabnya ialah kerana alat-alat yang diharamkan tersebut adalah syiar peminum-peminum arak, lelaki pondan dan golongan fasiq dan maksiat. Yang dimaksudkan dengan syiar ialah alat-alat tersebut tidak digunakan melainkan oleh golongan tersebut sahaja dan digunakan di dalam majlis-majlis mereka sahaja sebagaimana halnya di zaman dahulu. Di zaman tersebut tiadanya media-media seperti televisyen, radio, video, kaset, wayang, satelit dan tiadanya bentuk-bentuk hiburan seperti pementasan, pentomin, drama... dan sebagainya. Di zaman tersebut juga, hiburan seperti nyanyian dan alat-alat muzik hanya boleh didapati di majlis-majlis golongan fasiq, lelaki pondan dan majlis-majlis arak.


2. Irama-irama muzik dari sudut asalnya adalah sama dengan irama-irama yang boleh dikeluarkan oleh kerongkong manusia atau binatang seperti burung. Semuanya adalah bunyi. Cuma yang berbeza ialah suasana dan tujuan. Muzik biasanya digunakan untuk berhibur dan biasa digunakan dalam bentuk yang melanggar hukum dan batas-batas Allah SWT. Irama-irama yang dihasilkan oleh manusia juga haram hukumnya sekiranya digunakan pada tujuan, suasana dan keadaan yang merempuh sempadan syariat. Begitulah juga halnya dengan alat seumpama duf yang menjadi ittifaq ulamak keharusannya, sekiranya digunakan untuk tujuan-tujuan yang bertentangan dengan syara’, ia juga menjadi haram.

3. Di zaman kini, penggunaan muzik begitu berleluasa. Muzik digunakan dalam media-media massa elektronik. Di TV, muzik digunakan untuk rancangan-rancangan yang berfaedah dan tidak berfaedah. Begitu juga dengan radio. Di sini kita dapati penggunaan muzik telah berubah daripada zaman dahulu. ‘Uruf dan adat telah bertukar sebagaimana kata Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya Al-Mufassal. Oleh kerana perkembangan dunia seni yang begitu pesat, muzik kini tidak lagi menjadi syiar kepada majlis-majlis arak, ahli fasiq dan maksiat semata-mata. Misalnya apabila kita mendengar muzik di dalam rancangan berita atau muzik yang digunakan untuk pemindahan daripada satu rancangan kepada rancangan yang lain, adakah ia mengingatkan kita kepada majlis-majlis arak atau majlis-majlis ahli fasiq dan maksiat? Sudah tentu jawapannya tidak. Malah muzik di zaman kini berfungsi mengikut tujuan dan suasana ia digunakan. Kerana itu penulis berpendapat penggunaan muzik di zaman kini adalah harus tetapi mestilah meraikan syarat-syarat berikut:


i. Niat pengguna dan pendengar hendaklah betul berdasarkan kaedah Al-Umur Bimaqasidiha iaitu sesuatu urusan adalah berdasarkan maksudnya

ii. Tujuan dan suasana penggunaan muzik tidak melanggar batas-batas Allah SWT. Iaitu mestilah digunakan pada tujuan-tujuan yang mulia.

iii. Mengelak daripada menyerupai golongan fasiq, maksiat dan kufur iaitu menjaga adab-adab Islam dalam penggunaan muzik. Tidak boleh menggunakan muzik-muzik tertentu yang hanya digunakan oleh golongan fasiq dan fasad seperti rentak rock dan yang seumpama dengannya. Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, ia seperti tergolong dalam kaum tersebut”



PENUTUP

Di abad ini, Islam dicabar daripada berbagai-bagai sudut. Musuh menggunakan segala-galanya untuk menghancurkan Islam. Mereka mengetahui umat Islam mudah leka apabila diberikan kemewahan dan hiburan. Lantas mereka menggunakan tamadun kebendaan mereka dengan mengembangkan bidang seni bagi melalaikan umat dan terus menidurkan mereka. Natijahnya umat leka daripada sumber kekuatan mereka iaitu Al-Quran. Umat Islam di masa kini lebih gemar dan khusyuk mendengar lagu-lagu dendangan manusia daripada alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim.

Dengan perbincangan ringkas yang dicoret di dalam helaian-helaian ini, penulis berharap risalah ini mampu memberikan gambaran ringkas hukum penggunaan muzik yang kini berleluasa dalam kehidupan dunia moden. Berjumpa lagi di keluaran lain! Sekian.





[Watanuki Kimihiro]