Mutiara Kata

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih...

Ya Tuhan,
Jika cinta adalah ketertawanan,
Tawanlah aku dengan cinta kepada-Mu,
Agar tiada lagi yang dapat menawanku...

Ya Tuhan,
Jika rindu adalah rasa sakit,
Yang tidak menemukan muaranya,
Penuhilah rasa sakitku
dengan rindu kepada-Mu,
dan jadikanlah kematianku sebagai muara
pertemuan dengan-Mu....

Ya Tuhan,
Hatiku hanya cukup untuk satu cinta,
Jika aku tidak dapat mengisinya dengan cinta kepada-Mu,
Kemanakah wajahku hendak kusembunyikan dari-Mu..........

Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Monday, December 29, 2008

Maal Hijrah 1430 H

Well, di sini sy nak ambik kesempatan mengucapkan
Selamat Menghayati Maal Hijrah
yg ke 1430H.
Semoga kita semua dpt sama2 berhijrah ke arah yg lebih baik dgn niat dan jihad yg ikhlas, i'A.


Also, saya nak bawa rakan2 sekalian kepada peristiwa pengeboman palestin baru sahaja ini yg mengorbankan ratusan warga Palestin, saudara seagama kita sendiri ; bahkan saudara yg lebih dekat dr keluarga kita sendiri. Kita menyambut Maal Hijrah dgn kegembiraan tp mereka menyambut dgn kejutan yg mungkin bg mereka bukan lagi kejutan tp suatu rutin harian mereka.


Maka, di sini, saya ingin menyeru sahabat2 sekalian. Bagi kita warga Malaysia ini mempunyai ruang potensi utk berhijrah atau berkembang yg luas. Tiada batasan tempat, masa, tenaga dan harta. MAka pergunakanlah sebaik mungkin utk kita memantapkan diri ini lagi dlm apa jua bidang yg kita bakal ceburi.


Yg penting itu bila kita melaksanakan fardu kifayah itu niatkan utk Allah dan Islam. MAknanya,niat yg ikhlas dan suci itu penting utk kita tentukan ke arah mana nanti bakal usaha kita berbuah. Adakah utk mengumpul harta? Mengejar pangkat? Membina rumah yg banyak?


Atau boleh sahaja kita nanti menyumbangkan tenaga dan kepakaran kita utk Islam. Saya biarkan sahabat2 berfikir sendiri apa yg boleh kita sumbangkan utk Islam pada masa hadapan........... Wallahua'lam...

Sunday, December 28, 2008

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

Sebagai perkongsian ana dr blogger akh muhtar suhaili.


_______________________

“Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?”

Alhamdulillah atas segala-galanya! Sebagai perkongsian dengan tetamu ziarah sekalian, melalui entri ini suka untuk dipaparkan sebuah cerpen yang mencuit dan berpasak di hati yang diperolehi dari salah satu YahooGroups yang disertai. “Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?” merupakan taujihat buat teman-teman seperjuanganku yang Muslimin (sama ada yang belum berkahwin atau belum berkahwin lagi ). Cerita ini juga saya tujukan khas buat rakan-rakan Muslimat khususnya isteri-isteri solehah di luar sana… Ini satu cerita perjuangan. Sebuah pengorbanan… Sesungguhnya berkorban perasaan merupakan satu jihad!
Nota: Tergiang-ngiang lagu Cita-citaku!!

Sang Suami;
Muhtar Suhaili

“Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?”

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.
“Tak. Maksud saya…”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan!!” jawab Fikri.

——————————————

Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan

________________________________

Sunday, June 15, 2008

mak...mau tau tak....

Mak terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
dah hampir 10 bulan mak pergi...
rasanya baru semalam mak peluk kiter kan...
sejuk syahdu masih terasa lagi ni....
mak tau tak...
itulah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.

dan itu juga kali terakhirnya...
emm..rupanya mak dah tau mak nak pegi jauh..
nak tinggalkan anak2 mak ..
nak tinggalkan dunia fana ni..
mak macam dah sedia..
seminggu sebelum tu,
mak dah anyam tikar mengkuang 3 helai..
akak kata sampai pagi mak anyam tikar tu..
tanpa rasa mengantuk,tanpa rasa letih..
kakak pun hairan..mak tak pernah buat gitu..
pastu mak pasang radio kecil d sebelah mak..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam...
kekadang siaran indonesia..mak terus tekun menganyam..
rupanya tikat yang telah mak siapkan tu digunakan untuk mengiringi mak ke kubur..
pastu mak basuh tangga rumah bersih2..
pastu mak jemur karpet dan yang paling menarik sekali mak kabo kat mana suma duit dan barang kemas mak..
ada kat almari..
ada kat dalam beg..
ada kat dalam gulung tikar...
masa tu mak perasan tak??
kiter gelak sakan bila mak kabo duit kat gulung tikar..
kiter kata mak pesen lama la..
mak cuma gelak juga emmmm...bahagianya saat itu..

Mak..
hari tu hari sabtu pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..
bila malam tu kiter sampai dr KL..mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk mak tetap tak mahu pegi hospital..
tapi kiter berkeras juga pujuk..
nanti di hospital ada doctor.. ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
mak tetap tak mahu pergi hospital…mak memang degil..
tak salah anak mak yang sorang ni pun ikut perangai mak..
tapi akhirnya bila melihat keadaan mak yang semakin teruk..
kami adik-beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..
kami saying mak..kami tak mau mak sakit
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital..
ampunkan kami mak..

Mak..
Malam tu abang bawa mak ke hospital dan itulah pertama dan terakhir mak naik kereta kiter..
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak bila kiter kata kiter nak beli kereta..
Mak asyik Tanya cukup ker duit..kiter jawap pula..kalau tak cukup mak kan banyak duit..
Mak gelak ajer..
Lepas tu bila kereta kiter sampai.. mak buat kenduri kesyukuran..
Dan kiter masih ingat lagi…
Bila kiter eksiden terlanggar India naik motor…
Punya kita takut….kiter warning kat akak jangan sesekali kabo kat mak..
Bila balik saja kampong kita cecepat simpan kereta dlm garaj..
Tapi mak perasan juga bumper depan kiter kemek..mak Tanya kenapa?
Selamba bodo jer kiter jawap terlanggar pokok bunga..

Mak..
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau..
Maafkan kiter mak,sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar..
Mak kiter tipu mak kan.. ampunkan kiterr..

Mak..
Jam 4.30 pagi
Bila tiba aje kat hospital..nurse tengah balut mak dengan kain putih..
Mak mesti mak nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital..
Mesti mak nampak abang cium dahi mak..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak..
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut tu..
Mesti mak nampak semua tu kan..kan…kan
Mak tau tak..pagi tu balik dr hospital jam 5.20 pagi..kiter memandu dalam keadaan separuh sedar..
Adik d sebelah diam melayan perasaan..
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ni..
Jalan di depan rasa semakin kelam..
Airmata dah tak mampu di tahan..
Masa tu seandainya apa2 terjadi di jalan tu kiter rela..
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga..
Disebabkan pagi masih awal jadi jalan tu lengang..
Kosong.. sekosong hati ini…
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
Terasa syahdu dan sayu gitu..dingin..

Mak..
Jam 11.00 pagi mak dimandikan..
Anak2 mak yang pangku masa mak dimandikan..
Mak mesti rasa betapa lembutnya kami menggosok seluruh tubuh mak…
Kiter gosok kaki mak perlahan-lahan..
Mak perasan tak?
Mak cik yang mandikan mak tu pujuk kiter..dia kata ‘dik jgn nangis kalau sayangkan mak,jangan buat gitu..jangan nangis ya’
Bila mak cik tu kata gitu..lagila laju airmata ni tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak

Mak..
Sebelum muka mak ditutup buat selama2nya..
Semua anak2 mak mengelilingi mak..menatap wajah mak buat kali terakhir..
Semua org kata mak seolah2 senyum..
Mak rasa tak kiter sentuh dahi mak
Kiter rasa sejuk sangat dahi mak..
Kiter tak mampu cium mak..kita tak daya..
Airmata kiter tak bole tahan..
Jam 12.00 tengahari mak diturunkan dari rumah…
Kaki kiter terusa lemah..dunia terasa berputar2…tiba2 kiter rasa gelap..
Jam 5.00 petang..
Bila kiter terjaga kiter rasa kepala berdenyut2
Badan terasa panas..mata semakin kecil…
Mak..anak mak demam mak…
Mak tau Cuma kiter sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan…
Akak kata kiter pengsan..
Terkilan..terkilan sungguh..
Kenapa kiter lemah?
Kenapa anak mak yang lain tak gitu?
Kenapa adik boleh bertahan?

Mak..
Hari2 kiter lalui tanpa kewujudan mak lagi..
Begitu terasa kehilangan mak..bole kata setiap malam..
Selepas maghrib anak mak ni berendam airmata..
Dah bila sampai satu tahap..masa tu malam jumaat selepas maghrib..
Selepas kiter baca yassin..entah kenapa kiter keluarkan gambar2 mak..lepas tu apa lagi..
Semakin kiter tenung semakin rasa sayu…
Tangisan tak dapat dibendung..
Mak tahu kiter cuba bertahan..memujuk diri sendiri tapi tak juga reda..
Kiter rasa nak telefon mak …
Nak cakap dengan mak..
Mak..gilakah anak mak ini?
Dan akhirnya dalam sedu sedan kiter telefon kampong..
Kiter cakap dengan kakak…kiter nangis lagi…
Puas kakak pujuk kiter…
Akak kata..`tak baik la nangis aje..doala untuk mak..nanti kalau gini aje,mak yang susah kat sana..’
Dan akhirnya akak pun nangis..
Agaknya mak nampak kan adegan tu…
Sebab malam jumaat kata org roh balik rumah..
Mengharapkan sedekah anak2nya…
Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati..
Rasa nyilu sangat..
Menusuk hingga terasa begitu sakit dalam dada ni…
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma..
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan..
Cukupla sampai sini dulu..
Kiter rindu mak..


Warkah ni dihasilkan oleh Lajnah penerbitan jawatankuasa Surau Al-Irfan Kolej Matrikulasi Labuan sesi 03/04…
Hayatilah…amat menyentuh..

Wednesday, June 13, 2007

Ibu, Ummi, Mother

Assalamualaikum w.b.t.

Hasrat hati hanya ingin mencoretkan sedikit perasaan yang terlintas sebentar di hati semasa mendengar lagu 'Mother' oleh Sami Yusuf. Ketika sampai part di mana beliau menyanyikan, " andai dapat ku berada di pelukanmu ibu sekali lagi". Tanpa sedar, air mata saya menitis. Rasa sedih dan hiba. Kenangan bersama ibu saya sehingga kini seperti ditayang sekelip mata dlm ingatan.

Alhamdulillah, saya masih mempunyai kedua ibu bapa dlm hidup saya. Namun, betapa saya kurang bersama mereka malah menjadi anak yang soleh dan sayangkan mereka. Walaupun saya banyak meluangkan masa di rumah tetapi hanya sedikit masa saya luangkan untuk mereka.

Lepas ini, saya akan melanjutkan pelajaran lagi ke semenanjung. Entah bila akan kembali. Dan jika dgn izin Allah, sy berhasil belajar perubatan di luar negara. Entah bila saya dapat kembali ke Malaysia, ke rumah. Berjumpa kedua ibu bapa saya. Menatap wajah mereka. Dan menyatakan yang saya ingin meminta maaf kpd mrk atas segala dosa yang telah saya lakukan. Dan minta halal segala makan dan minum yang mereka berikan dan suapkan kepada saya yang jarang sekali saya berterima kasih.

Saya mahu mengajak para sahabat termasuklah diri saya supaya kita meminta maaf dr ibu bapa kita dan mohon redha mereka. Bg yang tiada ibu atau bapa atau kedua2nya, mintalah maaf kepada keluarga dan saudara.

Kita tak tahu bila ajal tiba. Sedang kita belajar di perantauan, jika ditakdirkan malaikut maut menjemput mereka, adakah kita sempat lagi untuk memohon maaf dan redha mereka? Hanya air mata penyesalan akan membasahi muka. Dan jika kita lebih awal pergi, biarlah kita pergi dengan meninggalkan kenangan yang baik kpd mrk stlh kita menunaikan tanggungjawab kita kpd mereka. Jgn sampai jadi anak derhaka.

Rasanya, terlalu panjang coretan ini tapi hanya sekadar ingin berkongsi apa yang terbuku di hati.

Assalamualaikum w.b.t.


[Watanuki Kimihiro]

Tuesday, June 12, 2007

Kenapa Aku Diuji ???

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Kecewa : Bukankah Allah itu Maha Mengetahui ( Marwan AMZ )

La Tahzan : Dr 'Aidh Al Qarni


[Watanuki Kimihiro]

Monday, June 11, 2007

Fresh

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Dimulakan kalam saya dengan salam yang dianjurkan oleh agama Islam, satu-satunya agama di sisi Allah. ' Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam '. Segala puji-pujian dan syukur kepada Allah, tuhan yang Maha Esa yang telah menciptakan alam ini dengan segala hikmah yang tidak terjangkau dan terfikir oleh akal kita yang hanyalah hamba-Nya. Juga selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.w.t yang telah bersusah payah menyebarkan agama An-Nur ke serata pelosok Tanah Arab sehingga dapat mencium ke Nusantara.

Today, i feel very difference. It's like i have been reborn once again. Fresh and all good. Breaking fast just now made me realise just how much fasting effects our daily life. I became more alert with my 'ibadah to Allah and reciting Al-Qur'an while fasting was like the best kalam i could speak out in my life.

While reading at my friends' blogs, i have come to realise at how much i have been reading during this long break. Really, there's no one book or novel that i really finished and tadabbur. Shamely speaking, even Al-Qur'an is seldomly opened in front of me even after shalat. Today, i streghtened my self and finished first novels that i like : detective stories. Well, alhamdulillah, today i finished ' The Case-Book Of Sherlock Holmes : The Illustrious Client' by Sir Arthur Conan Doyle. Truly a great masterpiece and the true predecessor of a long line of amateur detectives elevetad criminal investigation to a fine art.

While reading, i played the Surah As-Sajdah recites by Abdul Rahman Sudais on my laptop. I said to myself, " well man, you have to be more used to recite this surah for maybe or surely will be appointed to recite this on friday at my soon-to-go college". My legs shaken at the picture of leading a jamaah of shalat which are all new people that have many characteristics that surely are not from the same background as i get. Sincerely, listening to Al-Qur'an reciting today really soothed my mind and stomach. =) In no time, i slept peacefully ( not forever that is ).

Erm,,, today also, i was busy with my new-born blog. added this and that. That's why i was feeling very tired during evening. Waking up from my slumber by the noise of my lil sis, i did asar prayer ( prayer = shalat ? ). That's when i truly felt fresh and rejuvanate.

What I can say is today is like i am living in a new body. All this blogging makes me want to search for more and more knowledge, and the more i knew, the more i want to know. Well, thanks to certain someone who encouraged me to make a blog for myself. I really appreciate it until now.

I think that's all i can say for now. Till we meet again at another Muhasabah and Tazkirah. Till then, chill out and alaways remember Allah.

Assalamualaikum w.b.t.

Signing out,
[Watanuki Kimihiro]

Buih-buih Di Lautan

Assalamualaikum w.b.t.

Saya bukanlah seorang yang pandai bermain kalam dan menghadirkan fakta2 yang bernas serta kukuh. Mungkin kerana diri ini seperti semakin hari semakin jauh dari jalan-Nya. mungkin kedengaran keterlaluan tetapi itulah hakikatnya.

Cuti selepas SPM yg berlanjutan selama 6 bulan dan bakal disambung sebulan lagi seperti telah membuat diri saya hanyut dengan benda-benda tak berfaedah. Ya, orang akan berkata, " itu semua ang yg buat. kalau ang nak kebaikan, ang la yg usaha sendiri. Tak leh maleh2. " Saya ni memang mudah terpengaruh dengan dunia sekeliling saya. Sepanjang masa rehat saya ni, rasanya tak banyak buku2 novel yg habis dibaca apatah lagi buku2 ilmiah.

Internet, internet dan internet. Sampai power spec pun naik. Sungguh mencabar godaan dunia ni ye.... Selepas keluar dari Kisas baru saya tahu betapa sukarnya nak istiqamah dalam ibadah2 saya. Rasa berat je tulang-belulang ni nak gerak. Nak buat ibadah asas pun tercicir-cicir. Malah utk mempraktikkan apa yang dipelajari di Kisas terasa sukar di dunia realiti. Mungkin saya harus review kembali diri saya : who am i? why i'm here? what to do? where is my destination?

Sepanjang cuti ni, laman web saifulislam lah yang saya gemar buka. Dengan approach penulisan yang mantap tapi santai malah menepati realiti sekarang, saya begitu tertarik dengan setiap artikel dari ustaz. Ia seperti membuka ruang baru dlm pemikiran saya, bukan saja ruang baru bahkan overhaul kembali my point of view.

Buat masa ini, terasa diri memang benar2 kerdil setelah mentelaah blog2 mereka yang lain. Mmg seperti buih2 di lautan. Org biasa di tgh2 jutaan manusia yg dahagakan ilmu tetapi saya seakan menidakkan diri utk menimba lebih dlm ilmu2 yang tak pernah habis. Bila2 masa saya boleh pecah jika tanpa ingatan dan tazkirah dr sahabat2 seperjuangan dan ingatan kpd-Nya.

Maaflah jika apa yang saya tulis macam berterabur. Dulu kat kelas, cikgu Jam ( cikgu BM yg disayangi ) mmg selalu beri perhatian kepada saya sbb boleh dikatakan BM saya lemah. Tulisan pulak mengalahkan cakar ayam, ayam pun lagi cantik tulis. Nasib baik ada keyboard. =)

Oklah, rasanya setakat ini saja apa yang ingin saya tulis. Walaupun banyak lagi nak tulis tapi rasa mcm kosong otak ni sebab byk sgt benda nak tulis. ( pelik... )

Assalamualaikum w.b.t.

[Watanuki Kimihiro]