Mutiara Kata

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih...

Ya Tuhan,
Jika cinta adalah ketertawanan,
Tawanlah aku dengan cinta kepada-Mu,
Agar tiada lagi yang dapat menawanku...

Ya Tuhan,
Jika rindu adalah rasa sakit,
Yang tidak menemukan muaranya,
Penuhilah rasa sakitku
dengan rindu kepada-Mu,
dan jadikanlah kematianku sebagai muara
pertemuan dengan-Mu....

Ya Tuhan,
Hatiku hanya cukup untuk satu cinta,
Jika aku tidak dapat mengisinya dengan cinta kepada-Mu,
Kemanakah wajahku hendak kusembunyikan dari-Mu..........

Sunday, June 10, 2007

Hadis 40: 1. Setiap Amalan Berdasarkan Niat

Assalamualaikum w.b.t.


Khalifah Umar bin Khatab melaporkan, katanya, " Saya pernah mendengar Nabi Muhammad berkata, ' Amalan seseorang itu ditentukan oleh niatnya, oleh itu setiap orang mendapat apa yang diniatkan. Oleh sebab itu, orang yang berhijrah kerana Allah dan utusan-Nya, hijrahnya itu adalah kepada Allah dan rasul-Nya. Tetapi bagi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak mendapatkan keuntungan di dunia ataupun bagi mendapatkan isteri, beliau mendapat apa yang diniatkan semasa berhijrah.' "


[Watanuki Kimihiro]

Link : Kupasan Bab Niat oleh saudara Marwan AMZ ( hak cipta terpelihara ) XD

No comments: