Mutiara Kata

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih...

Ya Tuhan,
Jika cinta adalah ketertawanan,
Tawanlah aku dengan cinta kepada-Mu,
Agar tiada lagi yang dapat menawanku...

Ya Tuhan,
Jika rindu adalah rasa sakit,
Yang tidak menemukan muaranya,
Penuhilah rasa sakitku
dengan rindu kepada-Mu,
dan jadikanlah kematianku sebagai muara
pertemuan dengan-Mu....

Ya Tuhan,
Hatiku hanya cukup untuk satu cinta,
Jika aku tidak dapat mengisinya dengan cinta kepada-Mu,
Kemanakah wajahku hendak kusembunyikan dari-Mu..........

Tuesday, June 19, 2007

Kitab Riyadus Solihin : Bab 2 : Berkasih Kerana Allah

Assalamualaikum w.b.t.

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata, " Ada tujuh kategori manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari kiamat apabila tidak ada naungan melainkan naungan Allah. Mereka adalah pemimpin yang adil, pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah yang besar lagi maha perkasa, orang yang hatinya terpaut kepada masjid-masjid, dua individu yang saling kasih mengasihi kerana Allah, kedua-dua berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah, lelaki yang dipikat oleh wanita yang mempunyai status dan kecantikan tetapi dia berkata, 'Percayalah , saya takut kepada Allah,' orang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya, dan orang yang ingat pada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis air matanya."
-Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim


He3, hai sahabat2 ku. Lama tak post kat group lagipun ramai dah gi study, hu3. Ingat lagi tak hadis ni? selalu sgt dengar dlm tazkirah. Rasa macam dah dipahat dlm otak pulak. He3.

"Dua individu yang saling kasih mengasihi kerana Allah, kedua-dua berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah". He3, 2 tahun dgn kalian semua betul2 akan kekal dlm ingatan dan akan dibawa bersama ke mana2. =) Semoga persahabatan kita semua seindah itu ; berkasih, berjumpa, dan berpisah kerana Allah. Semoga kita semua berada dalam redha-Nya. Insyaallah.

Macam ammar selalu tulis kat blog dier, UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA !! =)

Assalamualaikum w.b.t.



[Watanuki Kimihiro]

No comments: