Mutiara Kata

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih...

Ya Tuhan,
Jika cinta adalah ketertawanan,
Tawanlah aku dengan cinta kepada-Mu,
Agar tiada lagi yang dapat menawanku...

Ya Tuhan,
Jika rindu adalah rasa sakit,
Yang tidak menemukan muaranya,
Penuhilah rasa sakitku
dengan rindu kepada-Mu,
dan jadikanlah kematianku sebagai muara
pertemuan dengan-Mu....

Ya Tuhan,
Hatiku hanya cukup untuk satu cinta,
Jika aku tidak dapat mengisinya dengan cinta kepada-Mu,
Kemanakah wajahku hendak kusembunyikan dari-Mu..........

Monday, June 18, 2007

Mak Lang ku Kahwin !! We All Blue !!


Assalamualaikum w.b.t.

=)
Masa cuti sekolah ari tu, balik kg kat kulai, johor. He3, mak lang saya kahwin la katakan. Lagipun ni mak cik yg last kahwin, lain semua pak cik2 yg tinggal. Preparation mmg kaw2 penat ah. Bina khemah sendiri, sembelih and lapah lembu lagi; 2 ekor pulak tu ( sy tolong rakam je, kih3 ), rebus telur and etc. Perkara biasa utk majlis kahwin la. Yg penting tak yah masak kat belakang dapur, he3, sbb satu kg dtg rewang. Betul2 kuat silaturrahim mereka. =)

Tapi most of the time, saya jd cameraman bertauliah. He3, videocam pak tam ngan camera digital ayah dua2 sy take in-charge. Tapi kalau dah jadi cameraman biasalah. Gambar sy tak lebih pon dr lima keping ( wuaaaaa!!! ). Tapi yg peliknya, masa rewang, tiba2 sy dilantik secara tak rasminya menjadi tukang cuci pinggan mangkuk kat belakang ( lol ). Tulah, rajin sgt. He3, actually seronoklah dpt tolong-menolong. Kalau kat bandar rasanya tak rasa silaturrahim mcm ni kan? Semua catering urus. Kalau kat kg felda ni, dari A hingga Z kami semua satu kerabat ngan kg uruskan. He3...



-Masing2 Tunjuk Bakat, Saya Tak Nyanyi Sbb Tgk Mendung Je, Karang Hujan Free2 Je-

Hu3, tau tak sy terperanjat tiba2 ada van dtg bawa set karaoke full. Saya peh jela @.@ . Ni kerja pak cik2 sy la nih. Org kampung kan suka karaoke, ha3, terutamanya yg evergreen tuh. Saya tak nyanyi langsung, soweelah. Anyway, yg baju biru kanan sekali tu pak jang saya ( masih bujang dan mencari, sapa2 nak? ), yg kuning tu pak cik saya ( rocker, yeyeh! ), yg baju orang jowo tu pak teh saya, and yg kepala sekerat tuh pak su sy ( dah berpunya ). Hu3, bukan iklan free nih, saja nak promote pak cik2 bujangku. kih3.


-He3, Kamilah Pejaga Tol Yg Setia-

He3, awat semua nampak biru ye? Sebab kami buat tema biru utk keluarga. hu3, tak da lah gempak sgt. kih3. Siap bunga kat baju tuh, sapa tak nak kan? Ha3, tapi baju cantik2 sy kerja lap meja plak kira mcm pelayan di restoran. Hu3, tp rasa seronok gak. Mmg happy sgt2 la 2-3 hari tuh. Yerla, jumpa sedara semua, tolong2, pastu kuarkan peluh sikit. =)

Petang tu mmg tak ingat apa la. Naik rumah terus terbaring kat lantai. Penat giler. Budak2 main kat sebelah telinga pon sy taram tidoq.
Pastu ingat dah aman, rupanya ada plak persembahan band mlm tuh. ( giler ah, telinga sy dgr bunyi bising je satu hari, rasa nak pekak plak ). Tapi syukur semua berjalan lancar, walaupon awan mendung ada dtg menjenguk dua tiga kali tp ditahan2. Ha3.
Alhamdulillah. =)


[Watanuki Kimihiro]

Posted by Picasa

No comments: